Tuesday, 28 July 2015
Ngeri… Warga Emas Nyaris Maut Tertusuk Jeriji Pagar
MALANG memang tidak berbau…
Itulah yang boleh digambarkan terhadap kejadian yang menimpa seorang lelaki warga emas di Klang apabila bahagian lengan kanannya tertusuk besi jeriji pagar sehingga menembusi bahunya.
Dalam kejadian 4.40 petang Ahad itu, mangsa, Ng Ah Eng, 68, dikatakan pada mulanya berdiri di atas tangga bagi mencantas pokok di perkarangan rumahnya di Jalan Alor Setar sebelum terjatuh.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, mangsa kemudian tergelincir sebelum tertusuk besi jeriji pagar.
Beliau berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 20 minit untuk memotong besi berkenaan.
“Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk mengeluarkan besi berkenaan.
Baki potongan tiga batang besi jeriji yang tajam itu masih melekat di bahunya ketika di dalam perjalanan,” katanya, lapor Harian Metro.
Ng kini dilaporkan stabil dan mujurlah tusukan besi berkenaan tidak terkena pada bahagian abdomen yang penting.
0 Response to "Ngeri… Warga Emas Nyaris Maut Tertusuk Jeriji Pagar"
Post a Comment