"Kami gembira di sini (pulau) malah tidak peduli dengan orang lain. Biarlah mereka membuat penilaian sendiri," demikian kata bapa kepada Puteri Balqis, Azizi Aziz, 37, mengenai foto anaknya berbikini yang mendapat kritikan hebat daripada pengguna laman sosial sehingga ada yang tergamak melabelkannya sebagai pengikut Yahudi.
Malah ada berpendapat gambar berkenaan mampu mengundang kepada kegiatan pedofilia yang menjadi isu baru-baru ini dikalangan anak-anak selebriti.
Menurut Azizi, anaknya yang berusia lapan tahun itu membaca kesemua komen-komen negatif mengenai gambar tersebut namun dia tenang terhadap kritikan yang dilemparkan.
Klik gambar untuk size besar
"Dia digelar dengan pelbagai gelaran tetapi dia tenang membaca semua komen tersebut. Dia okay," jelasnya.
Untuk rekod, pada 11 Disember 2014, Balqis menerima trofi Pelakon Wanita Terbaik di Asian Television Awards 2014 yang berlangsung di Marina Bay Sands, Singapura.
Dia juga pernah memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Skrin (ASK) 2014 yang berlangsung pada 7 November 2014.
Home » Uncategories » ISU FOTO BERBIKINI: "BIARLAH MEREKA MEMBUAT PENILAIAN SENDIRI" - BAPA PUTERI BALQIS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "ISU FOTO BERBIKINI: "BIARLAH MEREKA MEMBUAT PENILAIAN SENDIRI" - BAPA PUTERI BALQIS"
Post a Comment