Tuesday, 21 July 2015
BERANG DITUDUH SEBAGAI PENCURI
SARAWAK - Niat datang membeli barang di premis Watson, namun telah dituduh sebagai pencuri.
Mangsa, Khalida Razalie, meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan tindakan premis berkenaan di laman Facebook.
"Assalamualaikum dan selamat petang. Jangan sesuka hati pergi ke kedai Watson ini. Nanti mereka akan sesuka hati menuduh anda mencuri. Tak ada bukti, hanya ada gambar sahaja, tiba-tiba dituduh sebagai pencuri.
"Mana bukti yang kami ini adalah pencuri? Tunjukkanlah bukti rakaman CCTV kalau benar.
"Berhati-hati kalau nak bershopping di Boulevard. Mereka (Watson) sudah gila agaknya nak ambil gambar orang lalu dilabelkan sebagai pencuri.
"Cuba tengok gambar-gambar yang ditampalkan di dinding Boulevard, manalah tahu kalau ada gambar anda dilabelkan sebagai pencuri.
"Saya post perkara ini sebagai pengajaran kepada mereka yang lain agar berhati-hati apabila mengunjungi premis Watson ini.," katanya.
Berikutan itu, mangsa telah membuat laporan polis.
0 Response to "BERANG DITUDUH SEBAGAI PENCURI"
Post a Comment