Tuesday, 21 July 2015
AHLI KELUARGA MAHU FAILKAN SAMAN TERHADAP CHEF WAN
Gara-gara mulut terlalu lancang di laman Instagram, kini ahli keluarga yang didakwa malas dan tidak membantu membuat persiapan raya mahu mengambil tindakan tegas terhadap chef selebriti, Chef Wan.
BACA : CHEF WAN MENGAMUK MAKI AHLI KELUARGA SENDIRI SEBAB PEMALAS !
BACA : AHLI KELUARGA KOMEN MASAK UNTUK PEMINAT CHEF WAN
Menurut ahli keluarga Chef Wan, @Haunt2, tindakan Chef Wan itu telah mengaibkan mereka kepada khalayak umum.
"Tindakan tegas akan aku sekeluarga ambil ke atas Chef Wan. Buat cerita dan sebarkan gambar yang tak sepatutnya," katanya.
Menurut @Haunt2, anak-anak Chef Wan juga bersama-sama dan memberikan sokongan kepada keluarganya untuk mengambil tindakan tegas itu.
Bagaimanapun, Chef Wan tetap tegas dengan pendiriannya dan menegakkan apa yang disuarakan olehnya beberapa hari yang lalu di laman Instagram.
Sementara itu, adik kepada Chef Wan, Rosenah Ismail, meluahkan rasa kecewanya dengan tindakan yang mengaibkan itu di laman sosial.
"Apa motif abang saya pun saya tak tahu. Saya hormat dia selama ini dan sayang dia sebagai penganti arwah ayah. Bila saya susah, dia bantu saya, kami pun ada maruah diri.
"Sepatutnya sebagai Chef Wan, bapa saudara dan abang yang sulung, jagalah aib keluarga. Semua itu anak saya. Dia sudah tentu ada bilik sendiri. Kami semua tidur di luar. Cuba saya aibkan anak dia, sudah tentu dia marah. Tapi saya tegur anak Chef Wan walaupun buat salah, seperti ibu dan anak," katanya.
Nampaknya, bulan syawal kali ini telah berpaling tadah kepada Chef Wan. Bulan bermaaf-maafan sudah bertukar menjadi bulan saman-menyaman.
0 Response to "AHLI KELUARGA MAHU FAILKAN SAMAN TERHADAP CHEF WAN"
Post a Comment