Mengakui agak sukar untuk mengubah cara pemakanan, namun perkara tersebut telah membantu Abam Bocey untuk terus menurunkan berat badannya dan jika anda ingin tahu, dia kini telah berhenti makan nasi memilih buah-buahan dan sayuran.
“Pada awalnya memang sukar apabila saya mengambil keputusan untuk tidak lagi mengambil nasi tetapi Alhamdulillah kini saya sudah terbiasa tidak makan nasi. Diet yang betul dan pemakanan sihat banyak membantu dalam penurunan berat badan selain senaman bersesuaian,” jelasnya kepada mStar Online.
Abam juga telah berhenti merokok dan mengamalkan kiraan kalori bersesuaian setiap kali ingin menikmati sesuatu hidangan. Kata Abam, dia tidak menyasarkan untuk mendapatkan bentuk badan yang cantik, tetapi ingin menumpukan kepada pemakanan yang sihat dan kesedaran tentang kesihatan dirinya.
“Sebelum ini memang saya akui cepat letih dan sukar bernafas jika terlalu aktif melakukan sesuatu tetapi selepas berdiet dan bersenam saya mula nampak perubahan ketara pada diri saya. Ini bukan soal untuk kurus tetapi lebih kepada untuk menjaga kesihatan dengan cara yang betul,” ujarnya.

0 Response to "Abam Bocey Mahu Jaga Kesihatan Dengan Cara Yang Betul"
Post a Comment