Yuna Kekalkan Identiti Bertudung & Tidak Mudah Tunduk Pada Diskriminasi



Menurut Yuna kepada Newsweek, di awal penglibatannya di dalam bidang nyanyian di negara luar, dia pernah diminta untuk menanggalkan tudungnya namun tidak berbuat demikian.


“Ketika di awal karier saya, ketua syarikat rakaman pernah memberitahu saya – kamu mungkin perlu menanggalkan tudung – tapi tudung ialah identiti saya. Saya telah diminta untuk tanggalkan apa yang merupakan sebahagian dari hidup saya supaya boleh melakukan apa yang saya suka”
“Dan pada waktu itu, saya fikir saya perlu melakukan pengorbanan ini. Perlahan-lahan, saya belajar untuk mengatakan – tidak, inilah diri saya. Ini identiti saya dan saya mahu meneruskannya,” jelas Yuna menceritakan keadaannya di awal pembabitan dalam karier nyanyian.
Dalam perkembangan terbaru, Yuna akan membuat persembahan di WOW – Women of the World Festival di Harlem, New York pada 11 sehingga 14 Jun. Apa pun tahniah kepada Yuna kerana dapat mengekalkan identitinya sekaligus mempertahankan maruahnya sebagai seorang wanita agar tidak ditindas.

0 Response to "Yuna Kekalkan Identiti Bertudung & Tidak Mudah Tunduk Pada Diskriminasi"

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog
'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();