Seronok kami melihat Yana Samsudin dan juga suami Fadzil Zahari ini meluangkan masa bersama-sama di kota Taipei, Taiwan. Malah peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan mereka di Instagram turut sama berkongsi kegembiraan.
Menurut hashtag yang terdapat pada gambar dimuat naik oleh Yana, rupa-rupanya kehadiran mereka di Taiwan adalah untuk menjayakan sebuah program berbulan madu bagi pasangan selebriti yang baru berkahwin. Lebih seronok lagi, gelagat pasangan suami isteri ini di Instagram semuanya meriah-meriah belaka.
Apa-apa pun, semoga perjalanan Yana dan juga suami di sana sentiasa dipermudahkan dan selamat selalu. Agak-agaknya selepas Yana nanti, siapa mana pula yang berpeluang untuk pergi berbulan madu di dalam program berbulan madu ini nanti ya?
0 Response to "Yana Samsudin, Suami Kongsi Gambar Percutian Di Instagram"
Post a Comment