Sisa Barangan Khurafat Punca Badan Sering Sakit - Awie



Kisah penceraian Awie dan isterinya masih tiada kesudahannya apabila penyanyi rock itu mendakwa masih terdapat beberapa barangan khurafat milik Rozana Misbun di rumah kediamannya di Ukay Bestari.

Menurut Awie, ia dijumpa di dalam bantal tidurnya dan percaya ia menjadi penyebab kepada sakit-sakit yang dialaminya kebelakangan ini.

"Patutlah saya sering kali sakit jika berada di rumah. Rupanya masih ada lagi barang khurafat yang bersisa di rumah itu. 

"Saya memang tidak akan memaafkan beliau kerana menggunakan perkara syirik terhadap saya dan membuatkan tempiasnya terkena orang lain," kata Awie yang dipetik daripadaBeautifulnara.

Sebelum ini Awie mendakwa Rozana mengamalkan ilmu hitam sepanjang perkahwinan mereka apabila menjumpa pelbagai barangan pelik seperti patung kemaluan, tali pusat bayi dan tangkal.

Ia dikatakan disorokkan di beberapa tempat seperti bawah tilam, almari baju dan perabut rumah pasangan itu dengan tujuan menundukkan Awie. 

Dalam pada itu Awie berkata tidak akan menceraikan isterinya selagi Rozana tidak memulangkan duit dan harta yang dicuri daripada anak-anaknya. -

0 Response to "Sisa Barangan Khurafat Punca Badan Sering Sakit - Awie"

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog
'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();