Sedih terpaksa minum air paip - Dato AC




Dato' AC Mizal telah berkongsi cerita zaman kesusahan di mana dia pernah terpaksa minum air paip demi untuk membayar bil bersalin anak pertamanya bersama Datin Emylia Rosnaida. 

"Setiap kali masa rehat, kawan-kawan ajak keluar makan dan saya akan cakap sudah kenyang. Sedangkan saya hanya meneguk air paip sebab nak kumpul duit untuk bayar bil bersalin. Pada mulanya, doktor beritahu isteri akan bersalin normal, entah macam mana Emylia perlu dibedah. Ketika itu, saya memang kusut dan runsing sebab duit hanya cukup untuk menjelaskan bil bersalin normal. 

Klik gambar untuk size besar


"Saya memang tak ada duit langsung sampaikan terpaksa bagi isteri pakai baju saya. Ini kerana saya tak mampu hendak beli baju kehamilan. Ketika itu, simpanan cuma ada RM1,000 untuk kos bersalin. Apabila doktor cakap perlu dibedah, saya memang tak tidur lena sehinggakan terpaksa tidur di bawah katil hospital memikirkan duit. 

"Ini kerana kawan-kawan yang rapat dengan saya semuanya menghilangkan diri. Mujurlah ada seorang hamba Allah yang sudi pinjamkan duit disebabkan saya tidak cukup RM800 untuk membayar bil hospital. 

"Sejak itu, setiap rezeki yang datang saya tak pernah tolak. Duit yang masuk, sama ada sikit atau banyak, saya simpan betul-betul demi keluarga," ujar AC dipetik sebagai berkata. 

Selain itu, AC juga menyifatkan hubungan yang baik dan bertolak ansur dengan isteri perlu bagi memastikan hubungan kekeluargaan berjalan lancar. 

0 Response to "Sedih terpaksa minum air paip - Dato AC"

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog
'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();