"Mereka rampas dan bergambar dengan barang saya ! ! ! "

Tindakan sekumpulan yang didakwa pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang telah bersuka ria mengambil gambar dengan barang-barang yang dirampas nampaknya telah mendatangkan kemarahan netizens.

Ini kerana sikap tidak sensetif pagawai-pegawai tersebut yang bergambar kenangan dengan barang-barang yang dirampas di hadapan pemilik barang tersebut.

Menurut page Istana Perfume yang merupakan pemilik barangan tersebut perkara ini tidak perlu terjadi bagi menghormati perasaan pemilik yang dirampas berkenaan.




Jika betul dakwaan kejadian ini berlaku sudah pasti tindakan lima pergawai tidak bertanggungjawab ini, nampaknya mereka telah mencemarkan nama KPDNKK itu sendiri.

Sebagai seorang pegawai yang sedang menjalankan tugas mereka sepatutnya menjalankan tugas dengan profesional.

Berdasarkan status yang dimaut naik tidak dinyatakan apa kesalahan yang dilakukan oleh mereka tetapi apa pun kesalahan tidak perlulah bertindak demikian kerana pemilik sudah pasti kesedihan setelah mengalami kerugian.

0 Response to ""Mereka rampas dan bergambar dengan barang saya ! ! ! ""

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog
'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();