"hancur harapan kami mau membesarkan rumah tunggal ini.."


Ramadan bakal menjelma pada malam ini di mana umat Islam akan mula mengerjakan ibadat sunat tarawih.

Memetik laporan BH Online, sesuatu yang cukup menyedihkan bagi juara Maharaja Lawak Mega (MLM) 2014, apabila rumah keluarga mereka di Kudat, Sabah dijilat api dipercayai akibat litar pintas.

Rumah ibu mereka itu yang terletak di Kampung Bahagia telah terbakar menyebabkan 69 buah rumah sekiar turut musnah.

Kejadian ini meninggalkan kesan yang amat kuat kepada 3 orang adik beradik ini selepas dikatakan hampir separuh wang kemengan mereka dalam Maharaja Lawak mega digunakan untuk membaik pulih rumah ibu mereka sebelum ini.


Apapun menurut Sharid Kunal atau lebih dikenali sebangai Atu , yang penting sekarang ibu dan empat lagi adik beradik kami terselamat daripada malapetaka ini.

"Kami juga akan tinggal di kampung ini untuk tempoh tertentu. Asalnya mahu pulang ke kampung untuk menyambut Ramadan tetapi kejadian ini mengubah perancangan asal. 

"Kami juga sudah maklumkan kepada pihak yang sudah mendapatkan kami lebih awal untuk komitmen Ramadan nanti dan atas budi bicara mereka membenarkan kami memberi tumpuan kepada apa yang terjadi di kampung dahulu," katanya.

Ketika kejadian ibunya (Musahpun Andis) sedang memasak untuk membuat persediaan kenduri tahlil arwah ayah.

"Memang keluarga saya tak dapat menyelamatkan banyak barang kerana api marak dengan pantas. Mereka hanya sekadar menyelamatkan dokumen penting sahaja," katanya. -

0 Response to ""hancur harapan kami mau membesarkan rumah tunggal ini..""

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog
'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();