"Jangan buat saya macam ni.. biarlah mereka berhijab dulu" - Didie Alias




PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Didie Alias mengakui menerima kritikan dan komen negatif daripada peminat di laman sosial kerana masih belum mengenakan hijab.
Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd Ali, 41, berkata, dia tidak akan berhijab semata-mata untuk menutup mulut dan memuaskan kehendak orang lain sebaliknya menegaskan perkara itu perlu datang daripada keikhlasan diri sendiri.

"Memang ramai bercakap mengenai perkara ini selain turut menerima kritikan dan komen negatif daripada peminat tetapi saya tidak boleh hendak menutup mulut orang lain.

“Bagi saya berhijab atau tidak bergantung kepada niat dan keihklasan kita dalam melakukan sesuatu perkara kerana kalau tidak ikhlas dan sekadar memenuhi kehendak orang lain, memang tidak boleh.," katanya kepada mStar Online.

Tambah Didie, dia berharap peminat dan masyarakat dapat mendoakan agar dia mendapat hidayah untuk memakai tudung suatu hari nanti dan bukannya melemparkan kata-kata negatif terhadapnya.

Dalam pada itu, Didie sedar ramai mempertikaikan imejnya yang masih tiada perubahan memandangkan anak-anak perempuannya sudah memakai tudung.

Jelasnya, sebagai ibu dia sentiasa menekankan didikan sempurna terhadap anak-anaknya dan mereka juga sering mendoakan agar dia melakukan perubahan suatu hari nanti.

“Memang saya tahu ramai orang cakap anak-anak sudah berhijab tetapi ibu mereka belum. Benda itu semuanya atas didikan dan tanggungjawab kita.

“Sebenarnya anak-anak sentiasa mendoakan saya biarpun mereka tidak tegur secara berdepan tetapi saya tahu mereka sentiasa memohon pada Allah untuk saya berhijab,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Didie bakal menerbitkan dan mengacara program realiti berjudul ‘Stylo Ke Idok’ buat pertama kali untuk siarana Astro.

Program tersebut akan memulakan pengembaran dalam masa terdekat dan ia akan disiarkan pada Hari Raya Aidil Fitri nanti.

0 Response to ""Jangan buat saya macam ni.. biarlah mereka berhijab dulu" - Didie Alias"

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog
'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();