"Dia siapa ??" - Che det




PUTRAJAYA: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir semalam telah menolak pelawaan yang dilakukan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) untuk berdialong dengan Tun M di dalam ‘Hot Seat #Nothing2Hide’ anjuran mereka.

Sebelum ini, Ketua SAMM, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali dengan nama Chegubard menjumput Tun M untuk menjawab pelbagai soalan dan dakwaan yang timbul sepanjang pentadbirannya selama 22 tahun.

Menurut Tun M, beliau hanya akan hadir sesuatu program jika program itu turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.



“Yang pertama siapa dia Chegubard ni, saya nak mintak Datuk Seri Najib duduk atas pentas depan TV lepas tu Najib boleh soal saya, dia boleh tanya dan saya boleh tanya dia, ini bukan soal saya.

"Ini soal Najib tapi sebab nak bagi elak dari Najib, dia nak tanya saya. Saya nak jawab tapi u kena jawab sama, sama-sama kita duduk atas stage (pentas) semua TV duduk (buat liputan) depan tu dan broadcast (disiarkan) pada seluruh negara” 

“Dia (Chegubard) ni kucing kurap dari PKR, dah kena buang dah. Bagi tahu kepada dia, saya tidak bercakap dan tidak menjawab soalan dari kucing kurap” katanya ketika mengadakan perjumpaan tertutup bersama kira-kira 50 peserta daripada beberapa NGO.

0 Response to ""Dia siapa ??" - Che det"

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog
'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();