Trend Terkini, Buat LAWAK Selalu. Tapi Tahukah Korang RISIKO Pelawak Ni Sangat Tinggi??? Ini Antara Sebab Kenapa Ramai Pelawak Mati Awal

NAMPAK macam mudah je kan kerja sebagai seorang pelawak dan bintang komedi.


Namun jangan tak tahu, rupa-rupanya dalam sibuk menghiburkan orang ramai, pelawak juga dikatakan antara individu yang berpotensi tinggi untuk meninggal dunia pada usia muda.
Tak percaya bukan?
Namun, menerusi hasil kajian seorang ahli psikologi dan antropologi dari Universiti New Mexico, Amerika Syarikat, Dr Gil Greengross, pelawak kebiasaannya mempunyai berat badan berlebihan, gemar merokok dan berisiko dengan penyakit kardiovaskular/jantung.
Ini kerana pelawak dikatakan seorang yang gemar mengabaikan kesihatan diri sendiri malah mereka juga berpotensi mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, meminum alkohol dan memakan ubat-ubatan yang tidak dibenarkan.
Malah, jika mereka didiagnosis dengan penyakit, mereka sering menangguhkan untuk mendapatkan rawatan yang akhirnya hanya memudaratkan kesihatan sendiri.
Ini kerana pelawak mempunyai satu tanggapan bahawa mereka enggan penyakit yang dihidapi memberi tekanan luar biasa sehingga mereka tidak lagi mampu menghiburkan dan membuat para penonton ketawa.
Selain pelawak, kajian itu turut mendapati golongan penghibur seperti penyanyi, pelakon dan penari turut tergolong dalam kategori mereka yang tidak mempunyai jangka hayat umur yang panjang.
Walau apa pun pekerjaan kita, seseorang itu perlulah sentiasa menjaga kesihatan diri sendiri, mengamalkan gaya hidup sihat, serta mengelakkan tekanan agar dapat menghindari dari pelbagai penyakit berisiko. 

0 Response to "Trend Terkini, Buat LAWAK Selalu. Tapi Tahukah Korang RISIKO Pelawak Ni Sangat Tinggi??? Ini Antara Sebab Kenapa Ramai Pelawak Mati Awal"

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog
'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();