PUTRAJAYA - Isu bawa bekal ke pejabat bagi menangani kos sara hidup hanya sekadar gurauan bersama pegawai-pegawai kementerian sahaja, demikian penjelasan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hamzah Zainuddin.
"Media tidak sepatutnya menjadikan perkara itu sebagai isu besar kerana itu adalah cara saya bermesra dengan pegawai-pegawai ketika berada di perhimpunanan bulanan KPDNKK.
"Itu bukan ucapan yang ditujukan kepada rakyat. Selepas ini saya tak boleh buat lawak lagi. Kena jadi sangat serius dengan pihak media," katanya semalam.
Kenyataan Datuk Hamzah itu menjadi bualan hangat di media sosial sebaik saja sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan beliau menggesa kakitangannya membawa bekalan tengah hari atau memasak makanan mereka di pejabat bagi menangani kos sara hidup yang semakin meningkat
0 Response to "Setelah di HENTAM Teruk Oleh Rakyat. Baru Kini Dia Tarik Balik KENYATAAN ***** Beliau. "SAYA HANYA BERGURAU" - MENTERI KPDNKK"
Post a Comment