Penting :- 5 Bahaya Keringkan Pakaian Di Dalam Rumah


Dalam hidup korang, pernah tak jemur atau sidai baju dalam rumah ? Hm ! Sidai , sidai jugak !
Tapi, korang tahu ke sebenarnya bahaya tau keringkan baju dalam rumah ....

Peluang membasuh pakaian bagi korang yang bekerja mungkin pada hujung minggu. Namun kadang-kadang kain yang terlalu banyak menyebabkan korang terpaksa menjemur di dalam rumah kerana tiada ruang untuk sidai kain. Cuaca juga boleh menjadi penyebab kita tidak jemur kain di luar rumah. Tetapi tahukah korang, jemur kain di dalam rumah boleh berkait dengan masalah kesihatan?

Jom kita tengok , kenapa jemur kain di dalam rumah tidak elok dari segi kesihatan...


Kenapa Bahaya Keringkan Pakaian Di Dalam Rumah ?


1. Boleh Jadi Kanser

Jika korang suka guna pelembut kain selepas mencuci pakaian kerana bau yang wangi, perlu tahu kandungan acetaldehydes yang tinggi menjadi sebab utama penyakit kanser. Lebih elok cuba elak menjemur kain di dalam rumah kerana berbahaya jika korang selalu sedut udara tersebut. 

2. Pengaruh Alergi

Udara yang terperangkap di dalam rumah boleh menjadi bakteria. Kalau ada antara korang yang ada masalah kulit, kena belajar elak jemur kain di dalam rumah, ya. Sebab ini salah satu faktor utama korang mengalami alergi (ruam) dan masalah gangguan pernafasan. 

3. Beracun

Pernah tak korang basuh kain dan terlupa nak sidai dan akhirnya kain yang dibasuh bertukar bau jadi busuk walau pun pakaian sudah direndam pelembut. Ya, itulah racun. Hanya dalam jangka waktu tertentu, udara yang disedut beri kesan buruk kepada kesihatan kepada korang tanpa disedari. 

4. Asma

Pengeringan pakaian di dalam ruangan akan meningkatkan kelembapan ruangan dan menyebabkan kenaikan debu. Ini adalah satu alasan utama penyebab asma dan alergi.

5. Lemahkan sistem ketahanan tubuh

Boleh melemahkan sistem ketahanan tubuh kalau selalu amal jemur kain dalam rumah. Jadi tidak pelik kalau korang cepat selesema, demam atau mungkin diserang pelbagai penyakit lain. 


CARA MENGATASI MASALAH INI


Jalan penyelesaiannya, korang boleh sediakan tempat jemuran di luar rumah. Kalau tiada tempat sangat, cuci kering lagi selamat. Dekat dobi layan diri tu, penuh orang dok keringkan pakaian kat situ... Cuma jimat tidak begitu nak menjadilah! Semuanya di tangan anda, kalau boleh pastikan kain yang basah terdedah dengan sinaran matahari tetapi jangan secara terus. Nanti cepat pula kusam dan luntur warna kain korang. 

0 Response to "Penting :- 5 Bahaya Keringkan Pakaian Di Dalam Rumah"

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog
'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();