Tidak mahu membuat orang ramai keliru mengenai statusnya, tanpa berselindung penyanyi dan juga bekas juara Master Chef Selebriti musim kedua, Syura mengakui bahawa dirinya sudah pun diceraikan dengan talak dua.
Menurut Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron, sebab beliau tidak mendedahkan perkara berkenaan adalah bagi menjaga hati banyak pihak.

"Apatah lagi bekas keluarga mentua adalah dalam kalangan sanak saudara sendiri. Banyak aspek yang perlu saya ambil kira. Saya tak boleh mementingkan diri sendiri saja. Saya bukan sengaja bertindak demikian.
"Saya harap penjelasan ini akan menjelaskan situasi sebenar. Semua dilakukan demi kebaikan semua. Cukuplah saya beritahu, orang di luar sana perlu tahu saya sudah menjadi ibu tunggal. Jika diikutkan, memang agak rumit untuk menjelaskan masalah rumah tangga kami," ujar Syura dipetik sebagai berkata.
Bagaimanapun, dalam masa yang sama, Syura tidak menolak jika dia dijodohkan bersama bekas suaminya, Mohd Fadhly Md Yassin kembali atau mana-mana lelaki lain yang serius untuk menjadikannya sebagai isteri dan bersedia menjadi ketua keluarga.

0 Response to "DICERAI TALAK DUA. NAMUN SEDIA TERIMA BEKAS SUAMI ATAU MANA - MANA LELAKI LAIN YANG SERIUS INGIN MENIKAHI BELIAU - SYURA"
Post a Comment