Friday, 22 January 2016
Beberapa Minit Selepas Negara Brunei Mengharamkan Produk Qu Puteh, Tiba Giliran Malaysia Pula Mengharamkan Produk Tersebut. Kenapa? Bagaimana Kesan Kejadian Ini Terhadap Penajaan Datuk Seri Vida Untuk Team Bola Kelantan?
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata produk itu – Qu Puteh Whitening Pro 9 – tidak lagi dibenarkan dijual.
Ini kerana ia dikesan mengandungi merkuri pada paras tinggi.
“Produk kosmetik di atas telah diuji dan dikesan mengandungi merkuri yang tidak dibenarkan di dalam produk kosmetik.
“Oleh itu, produk kosmetik Qu Puteh Whitening Pro 9 tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi syarikat itu.-Mkini
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mengesahkan produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dikesan mengandungi merkuri, yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata produk itu sudah diuji pihak kementerian dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di negara ini, selain menasihatkan orang ramai untuk tidak menggunakan produk berkenaan.
"Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), Kementerian Kesihatan sudah menerima laporan kesan advers daripada pengguna yang mengalami tinnitus (ringing in the ears) dan keguguran rambut setelah menggunakan produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block (NOT151106645K) selama lebih kurang tiga bulan.
"Pengguna pulih daripada kesan yang dialami apabila berhenti menggunakan produk berkenaan.
"BPFK telah membuat persampelan dan menguji produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block.
"Hasil ujian menunjukkan, satu produk iaitu produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dikesan mengandungi merkuri pada paras yang tinggi," katanya dalam satu kenyataan, di sini, sebentar tadi.
Dr Noor Hisham berkata, notifikasi produk Qu Puteh Whitening Pro 9 telah dibatalkan dan syarikat yang bertanggungjawab ke atas notifikasi produk berkenaan telah diarahkan untuk memberhentikan penjualan/pembekalan dengan serta-merta.
Selain itu, katanya, syarikat itu juga diarah menarik balik produk itu daripada pasaran dalam tempoh 72 jam.
Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, produk kosmetik yang dicampur dengan merkuri kebiasaannya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit dan rawatan antipenuaan seperti masalah jeragat, kulit tidak sekata dan kedutan.
"Produk kosmetik tidak boleh mengandungi merkuri kerana ia boleh memudaratkan kesihatan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.
"Penggunaan produk yang mengandungi merkuri boleh juga menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit," katanya.
Selain itu, beliau berkata, kesan mudarat akibat pendedahan kepada merkuri juga boleh dialami oleh orang sekeliling apabila produk kosmetik mengandungi merkuri yang disapu pada kulit meruap dan dihidu. Katanya, ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak, yang masih kecil atau yang belum dilahirkan.
"Bayi dan kanak-kanak kecil berisiko terdedah kepada merkuri apabila mereka menyentuh produk kosmetik yang mengandungi merkuri atau orang yang menggunakan produk kosmetik itu," katanya.
- bharian
PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah.
0 Response to "Beberapa Minit Selepas Negara Brunei Mengharamkan Produk Qu Puteh, Tiba Giliran Malaysia Pula Mengharamkan Produk Tersebut. Kenapa? Bagaimana Kesan Kejadian Ini Terhadap Penajaan Datuk Seri Vida Untuk Team Bola Kelantan? "
Post a Comment