3 HARI TAK MAKAN. Last - Last TELAN JUGA PERENCAH MEGI untuk Alas Perot. AKibatnya Beliau DI Kejarkan Ke HOSPITAL. Itu La Hakikat Student Sekarang.. Sedih Sangat...






Pelajar yang memerlukan makanan percuma berbaris panjang di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sumbangan makanan dianjurkan kumpulan Food for Mahasiswa (FFM), satu inisiatif pelajar undang-undang universiti ini. — Foto ehsan Facebook/Food for Mahasiswa


KUALA LUMPUR, 9 Jan — “Saya tak terkejut sebab ada yang lebih teruk.
“Ada yang makan Maggi hari-hari. Dia akan makan Maggi kosong sehari satu bungkus tanpa perencah.
“Esoknya perencah yang disimpan itu ditabur untuk dimakan bersama nasi kosong, untuk 'survive' dan dapat jimatkan duit.
“Begitulah situasi teruk yang dihadapi mahasiswa untuk hidup,” kata pengasas bersama Food for Mahasiswa (FFM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Muhammad Khairul Farhan Mohd Rakbi.
Baginya, cerita mahasiswa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terpaksa ikat perut, didakwa sehingga boleh merosakkan usus, “bukan sesuatu yang asing.”
Malah, menurutnya, ramai lagi penuntut berdepan masalah sama kerana beban kos sara hidup yang semakin meningkat walau menerima biasiswa dan meminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Di laman Facebook kumpulan kebajikan ini, yang menyediakan makanan percuma kepada 300 pelajar, tertera satu nota bertulisan tangan.
Nota berdakwat biru itu menceritakan seorang pelajar yang mendakwa tidak makan selama tiga hari terpaksa mengambil wang derma masjid sebanyak RM7.85 untuk mencari sesuap nasi.


Begitu nasib melarat di kampus-kampus tempatan akibat kenaikan kos sara hidup.
Khairul Farhan, 25, berkata ada juga keadaan mahasiswa yang tidak layak mendapat bantuan kerana pendapatan ibu bapa yang tinggi.
Namun pelajar itu menghadapi masalah keluarga menyebabkannya terabai dari segi kewangan.
“Pada saya ia bukan isu PTPTN cukup atau tidak. Ada orang berdepan dengan masalah yang kadang-kadang tak boleh nak dielakkan apabila melibatkan kewangan,” katanya kepada ProjekMMO.
Akhbar Harian Metro semalam melaporkan keluhan pelajar sarjana muda psikologi UKM yang sering mengikat perut kerana kesempitan wang sehingga “ususnya tercedera.”
Mahasiswa dari Sabah itu mendakwa duitnya hanya tinggal RM150 selepas pinjaman PTPTN berjumlah RM3,000 bagi satu semester habis diguna untuk membayar yuran.
Wang itu juga digunakan melunaskan hutang kawannya RM1,000 ketika persiapan memasuki universiti.
Laporan itu juga menyebut seorang pelajar tahun pertama ijazah komunikasi kerap ponteng kelas kerana sering mengalami gastrik selepas mengikat perut akibat terlalu berjimat, berbelanja hanya RM30 seminggu untuk makan minum dan pembelian buku nota.
Berdepan kemelut itu, Khairul Farhan mencadangkan pinjaman kerajaan kepada mahasiswa disemak kembali.
“Mungkin jumlah pemberian biasiswa dan PTPTN sudah tidak lagi cukup untuk menampung kos sara hidup yang semakin tahun semakin tinggi.
“Saya rasa jumlah peruntukan yang disediakan kerajaan perlu dinilai semula,” kata graduan sarjana muda undang-undang UKM itu.
Mengulas tentang harga makanan di kafe kampus yang dilapor semakin mahal, katanya, perkara itu tidak dapat dielakkan kerana harga barang yang tinggi dan kelangsungan perniagaan.
“Harga kafe sudah sama dengan harga restoran luar. Kami tidak salahkan kafe sebab kita tahu mereka pun buat bisnes,” katanya.






0 Response to "3 HARI TAK MAKAN. Last - Last TELAN JUGA PERENCAH MEGI untuk Alas Perot. AKibatnya Beliau DI Kejarkan Ke HOSPITAL. Itu La Hakikat Student Sekarang.. Sedih Sangat..."

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog
'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();