Menangis Kawan - Kawan Saya Bila Teringat Kembali Pertiwa Hari Itu

Sedar tak sedar, dah masuk seminggu kita kehilangan seorang hero yang sangat berjiwa rakyat dan yang paling sempoi. Keperibadian baginda sering menjadi inspirasi untuk pesakit kanser melawan penyakit itu. Haa itu lah, Almarhum Tunku Abdul Jalil Sultan Iskandar. Tiada lagi anak Sultan yang tingkah lakunya sama sahaja seperti rakyat biasa.


Jom pergi Downtown Cheras – Almarhum Tunku Abdul Jalil
Kepergian Tunku Abdul Jalil amat dirasai. Walaupun tak pernah bersua muka, tak ada pertalian saudara tetapi disebabkan sifat baginda yang rendah diri dan sangat-sangatdown to earth, kepergian baginda sangat meninggalkan kesan bukan sahaja dalam jiwa rakyat Johor tetapi semua rakyat Malaysia.


Bila baca cerita dia ini, ia membuatkan kami sendiri merindui sifat yang sangat rendah diri dan keprihatinan baginda terhadap rakyatnya. Kami rindukan Almarhum Tunku Abdul Jalil. Al-Fatihah.


ijammahyuzaTJ – Lawa baju awak… Mana nak beli? 
Aku – Patik beli kat kukubesi tunku. 
TJ – Jom pergi beli.. Aku pun terus call kukubesi cheras cakap TJ nak dtg. Panggilan aku disangka main2. Aku buat panggilan kedua, dan disambut positif. Sebenarnya aku serba salah nak bawa TJ ke downtown cheras. Tapi TJ berkeras nak pergi juga. Di situ, terbuka mata aku dengan kerendahan diri TJ mencemar duli beliau untuk ke sana. 
Sampai saja kami di sana, TJ disambut dengan mesra. TJ beli semua design JOHOREAN utk semua adik beradiknya. Masih aku ingat, masa nak bayar, TJ bertanya ‘ada diskaun x?’ Dengan nada berseloroh. ???????????? terima kasih kepada @kukubesiong @ekbsetialam kerana sempat melayan TJ dengan baik sekali. Aku bangga sekali dapat bawak TJ ke sana mengenali industri tempatan yang sedang berkembang. 
Kemudia TJ berkata, ‘jom pergi klcc, i nak beli brg kejap..’ Rupa2nya TJ nak beli GARRET POPCORN. Tunku cakap ‘ni favourite my mom ni..’ ???????????? Banyak kenangan manis bersama almarhum yang x mungkin aku dapat lupakan… Such a humble prince… Bersemadilah dengan tenang bangsa Johor beloved prince. 

Related Posts :

0 Response to "Menangis Kawan - Kawan Saya Bila Teringat Kembali Pertiwa Hari Itu"

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog
'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();