PETALING JAYA: Pihak polis hari ini menafikan penyebaran maklumat yang tidak benar berikutan satu rakaman tangkapan seorang lelaki Bangladesh yang tersebar di laman media sejak semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Timur Lau, ACP Mior Faridalathrash Wahid, maklumat yang diberikan bersama video tersebut adalah tidak tepat dan mengelirukan.
“Tidak, tidak benar. Itu bukan kes samun..tiada kaitan langsung dengan samun..itu kes lain.
“Lelaki warga asing itu ditangkap kerana kesalahan menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas,” katanya memetik laporan dari FMT.
Mior juga turut meluahkan rasa dukacitanya apabila pihak yang menyebarkan video terbabit menokok tambah fakta dengan berkata berlakunya tembak menembak antara polis dan lelaki terbabit sebelum tangkapan dibuat.
Menurutnya juga tankapan lelaki tersebut hanya mengikut langkah SOP yang diguna oleh polis dan tiada tembakan dilepaskan. - Siakapkeli.my

0 Response to "POLIS TEMBAK BANGLA?? , SAYA KECEWA LAPORAN INI "
Post a Comment