Tadi aku baru balik dari beli ubat di klinik di Kepala Batas, Alor Setar. Dalam perjalanan ke kereta, teringat nak tapau bihun sup untuk ibu di rumah.
Semasa aku sedang menunggu bihun sup siap dibungkus, tiba-tiba terdengar bunyi hon motosikal. Ada 3-4 buah mat-mat motosikal anak-anak Melayu kita dok keliling seorang pakcik tua yang cuba melintas longkang.
Pakcik itu sudah tua dan pengelihatannya tidak seberapa serta tidak mampu nak berjalan dengan baik.
Alhamdulillah, aku betul-betul bersyukur dan hormat pada mereka ini. Dalam keadaan hujan, mereka sanggup berhenti dan menolong pakcik tua itu melintas.
Inilah anak-anak muda celik hati dan bertanggungjawab. InshaAllah ada habuan dari Allah untuk anak-anak muda ini. Respect you guys.
Yang aku kata tak ada hati perut itu sebab aku tak dan nak pergi tolong. Sharelah moment itu dengan aku sikit. Sudahlah jarang dapat peluang seperti itu. Tamak pahala kan chuolss!
Sama-samalah kita mencari peluang jika diberikan kesempatan untuk membantu orang lain sedaya yang mungkin. Buat baik pasti dibalas baik. Tak percaya? Cubalah buat. - Pak Ngah
orang berbudi kita berbahasa orang memberi kita merasa lah ....
ReplyDeletejika dirasinya emm well like that lah emm