Menurut Arif, dia mendapat khabar gembira itu menerusi panggilan telefon pada 18 September lalu dan pihak polis Singapura mengesahkan tidak akan membuat sebarang dakwaan terhadapnya.
"Alhamdulillah dengan rasa syukur selepas enam bulan melalui pelbagai tuduhan dan fitnah saya akhirnya dapat menarik nafas lega kerana siasatan mengenai dakwaan Tegar terhadap saya telah selesai.
Klik gambar untuk size besar
"Pihak polis memaklumkan tiada sebarang dakwaan akan diambil terhadap saya dan kes itu telah pun ditutup," ujar Arif dipetik sebagai berkata.
Kata Arif lagi, dia dimaklumkan kes berkenaan ditutup selepas tiada bukti kukuh selain kenyataan Tegar sebelum ini tidak konsisten kepada pihak polis.
Terdahulu media di Singapura pada hujung Mac lalu melaporkan Arif telah ditangkap polis selepas pihak berkuasa negara itu menerima dua laporan berhubung gangguan seksual yang dibuat oleh Tegar dan bekas anak tirinya, Sufi Rashid.
Tegar dan Sufi bersama laporan polis yang dibuat terhadap Muhammad Arif pada Mac lalu.

Sehubungan dengan itu, Arif berkata, pada 22 september lalu dia telah pun membuat laporan polis terhadap Tegar berhubung kenyataan palsu diberikan kepada pihak berkuasa itu.
Katanya, biarpun kes berkenaan telah pun ditutup namun dia mengambil keputusan untuk membukanya semula dengan membuat laporan polis bagi mencari kebenaran.
"Saya dinasihatkan supaya berfikir sebelum meneruskan laporan itu kerana Tegar masih kecil dan tidak tahu akan undang-undang di Singapura.

"Tetapi saya tetap teruskan kerana tujuan saya hanya satu untuk melihat sama ada dia akan mengaku disuruh (membuat laporan palsu) atau dia sendiri yang lakukan.
"Saya juga difahamkan penyanyi tersebut akan berada di Singapura pada Oktober ini dan saya telah meminta pihak berkuasa untuk segera melakukan siasatan," tegasnya.
Dalam pada itu, Arif berkata, dia telah pun melantik peguam untuk memfailkan saman malu terhadap empat individu di atas penyebaran fitnah terhadapnya sebelum ini.

Jelasnya, selain Tegar, tiga individu lain bakal dikenakan saman adalah peserta Akademi Fantasia 2015 (AF2015), Sufi Rashid, Nur JM (penulis blog) dan seorang lelaki yang didakwa sebagai dalang kes berkenaan iaitu Ali Najib Baksher.
"Peguam saya akan mengeluarkan notis saman malu terhadap empat individu yang disebut itu dalam masa terdekat ini.
"Saya tidak akan berkrompomi dalam hal ini dan akan tetap memfailkan saman malu terhadap keempat-empat individu berkenaan dan beberapa pihak lain yang sedang dalam pertimbangan.
"Ini juga bukan soal balas dendam tetapi sekadar ingin menegakkan kebenaran setelah apa mereka lakukan kepada saya sebelum ini," jelasnya.
Dalam perkembangan sama, Arif berkata, dia akan mengadakan sidang media di Kuala Lumpur dan Jakarta dalam masa terdekat bagi menjelaskan butiran lanjut berhubung tindakannya itu selain akan membuat beberapa pendedahan terbaharu berhubung kes tersebut.
"Insya-Allah saya akan berkongsi cerita dengan rakan-rakan media di Malaysia dan Indonesia dalam masa terdekat bagi menjelaskan situasi sebenar dalam masa terdekat ini," katanya.
Sumber: mStar

0 Response to "KES GUGUR - Tegar dan Sufi (AF2015) BAKAL DISAMAN , Muhammad Arif Dollah (bekas pengurus) tersenyum sendiri."
Post a Comment