PENYANYI dan pelakon Malaysia yang kini berpangkalan di Taiwan, Soo Wincci.
NAMA penyanyi dan pelakon Malaysia yang kini berpangkalan di Taiwan, Soo Wincci tiba-tiba hangat diperkatakan selepas bertindak mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.
Soo Wincci yang juga bekas ratu cantik Malaysia 2008/2009 ini melakukan desakan itu menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman Facebook miliknya pada 30 Ogos lalu.
Tidak takut sebarang ancaman, Soo Wincci mengakui sanggup menerima padah termasuk disenaraihitamkan oleh mana-mana pihak akibat tindakannya itu.
Menurut Soo Wincci, sebagai selebriti dia berani bertindak sedemikian kerana mahu menjadi wakil buat rakyat yang menentang pentadbiran perdana menteri dan bersedia sekiranya dilucut taraf kerakyatan.
“Sebelum memuat turun video berkenaan, saya sudah bersiap sedia dengan segala risiko yang bakal diterima.
“Andai kata nama saya disekat di mana-mana saluran media, saya akur dengan perkara itu,” katanya kepada mStar Online.
Tambahnya, dia tidak berniat melukakan hati mana-mana pihak namun tindakan yang dilakukan adalah demi generasi masa hadapan.
Untuk makluman anda, minggu lalu, Soo Wincci telah memuat naik video perhimpunan Bersih 4.0 sambil meluahkan rasa terharu melihat masyarakat turun menyertai perhimpunan itu.
Pada masa yang sama, selebriti ini turut mendesak Najib meletak jawatan segera ekoran sudah lama perdana menteri itu mentadbir negara selain begitu selesa dengan kedudukannya sekarang. – MYNEWSHUB.CC
0 Response to "Beliau sedia di lucutkan taraf kerakyatan .! Soo Wincci sanggup hadapi apa saja selepas mengeluarkan statement berkenaan.... dahsyat.!! Kenyataan apa tu ye. Memang keras hukuman tu. #update #viral"
Post a Comment