Tuesday, 11 August 2015
'SAYA MOHON MAAF KERANA TINDAKAN BODOH SAYA'
IPOH - "Saya memang nampak makcik itu sendiri yang menyelerakkan barang-barang jajaannya," demikian pengakuan lelaki yang merakam dan menyebarkan gambar seorang penjaja menangis di tepi pintu masuk Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ahad lalu.
Tindakan terburu-buru pelajar kolej perubatan, Nuruddin Abdul Mujid, 22, telah menimbulkan persepsi negatif dan imej penguatkuasa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) juga turut tercemar.
Dalam kenyataan pelajar kursus Pembantu Perubatan itu, dia sengaja memberikan gambaran bahawa penguatkuasa MBI sengaja membuli wanita terbabit dengan menyelerakkan barang jajaannya.
"Saya memang nampak makcik itu sendiri yang menyelerakkan barang-barang jajaannya. Namun disebabkan saya terlalu marah, saya muat naik status dan gambar seolah-olah penguatkuasa yang membuat semua itu.
"Saya mohon maaf di atas tindakan saya dan saya tahu itu adalah tindakan bodoh kerana tidak berfikir panjang," katanya dalam sidang media di HPRB, semalam.
Difahamkan, semasa kejadian itu, Nuruddin yang merupakan pelajar tahun terakhir Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Sultan Azlan Shah sedang menghabiskan waktu rehatnya.
0 Response to " 'SAYA MOHON MAAF KERANA TINDAKAN BODOH SAYA'"
Post a Comment