Wednesday, 5 August 2015
PELAJAR CEDERA DI KEPALA KERANA CUBA MENGELAK KEPALA DITOLAK USTAZ
Anak saya ini telah ditolak kepalanya di sekolah oleh seorang ustaz yang mengajar subjek Tasmik Al-Quran. Gara-gara mengelak tolakkan tangan ustaz itu, kepala anak saya terhantuk di meja sekolah.
Alasan beliau bertindak mahu menolak kepala anak saya adalah kerana anak saya tidak mahu diam ketika beliau ingin menjalankan kuiz.
Pihak sekolah juga langsung tidak menghubungi saya ketika kejadian itu dan ennggan menghantar anak saya ke klinik ataupun hospital untuk mendapatkan rawatan perubatan dengan alasan kecederaan yang dialami oleh anak saya hanyalah luka kecil serta memadai ditampal dengan plaster sahaja.
Ustaz tersebut telah menghantar anak saya pulang dengan keadaan baju yang telah ditukarkan dan kesan darah pada baju sekolah anak saya juga telah dibersihkan.
Tidak puas hati dengan penjelasan itu, saya telah pergi berjumpa dengan pihak sekolah. Namun, pihak sekolah hanya mampu memohon maaf dan berkata perkara sebegini adalah biasa bagi mereka.
Saya sangat tidak berpuas hati dengan perkara ini dan telah membuat laporan polis untuk tindakan lanjut. - Lynn Winnda
0 Response to " PELAJAR CEDERA DI KEPALA KERANA CUBA MENGELAK KEPALA DITOLAK USTAZ"
Post a Comment