'KALAU TIADA UMNO, TERBANGSATLAH BANGSA MELAYU'







MELAKA - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak menegaskan bahawa dia tidak akan berundur dari jawatannya kerana 3 juta ahli UMNO itu berdiri teguh di belakangnya.


Menurutnya, sebagai pemimpin yang dipilih ahli secara demokrasi berdasarkan perlembagaan parti yang baru, dia merasakan dia perlu diberikan ruang lebih lama untuk berkhidmat secara baik untuk UMNO dan rakyat.


"Berkat dari sokongan UMNO, saya masih jitu dan ampuh. Suara seorang suruh saya turun, saya tidak akan turun sebab 3 juta ahli UMNO ada bersama saya. Bukan angkuh, tetapi saya telah dipilih sebagai Presiden UMNO. Jadi, jangan ganggu saya melakukan yang terbaik.


"Ada yang kata saya tidak bijak kerana buang sistem kuota untuk bertanding presiden parti, tetapi saya mahukan parti UMNO lebih inklusif, lebih demokratik, maka saya serahkan kepada ahli UMNO tentukan," katanya.


Tegas Najib, ahli UMNO perlu memberikan sokongan padu kepada dirinya bukan kerana sebab peribadi tetapi kerana dia adalah Presiden parti Melayu itu.


Sikap angkuh dan memikirkan UMNO terlalu kebal untuk kalah dalam pilihan raya akan membuatkan UMNO terlalu selesa, justeru Najib meminta semua ahli parti memilih kesederhanaan bagi memastikan UMNO terus kekal mendapat sokongan dari rakyat.

"Kalau tiada Umno maka 'terbangsat' lah bangsa Melayu. Saya tidak dapat bayangkan nasib bangsa Melayu tanpa Umno," katanya.

0 Response to " 'KALAU TIADA UMNO, TERBANGSATLAH BANGSA MELAYU'"

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog
'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();