Tuesday, 4 August 2015
BUDAK 2 TAHUN NYARIS DICULIK WANITA BERTONGKAT
Kejadian berlaku di Pasar Tani Mega, Shah Alam pagi tadi di mana anak saya hampir diculik.
KRONOLOGI:
Anak duduk dengan saya, sebelah sahaja. Anak saya berumur 2 tahun. Sambil tengok dia, saya perhatikan isteri di dalam kedai di depan saya. Jarak saya dan anak memang sebelah menyebelah. Saya memang tidak leka dengan handphone atau melakukan benda lain. Hanya memerhatikan anak dan sambil-sambil itu perhatikan isteri dalam gerai.
Dalam selang beberapa saat ketika memerhatikan isteri dalam kedai (saya masih dalam keadaan duduk bersebelahan dengan anak), terdetik di hati untuk cepat-cepat kalih tengok anak.
To my surprise, tangan anak saya dah dipegang oleh seorang wanita dalam likungan 50-an, bertongkat.
Kelazimannya, jika orang nak menegur anak orang lain, diorang hanya acah-acah dan tanya nama sebagainya. Tetapi wanita itu terus pegang tangan anak saya dalam cubaan melarikan dia.
Selepas saya terlihat dia pegang tangan anak, saya terus perhatikan dia dengan pandangan marah tanpa senyuman. Ketika itu barulah suspek terus berpura-pura mengajak (bercakap) anak saya ikut dia.
Tidak puas hati dengan tindakan suspek wanita bertongkat itu, saya masih memandangnya dengan pandangan tidak puas hati.
Dia seperti terkantoi dan terus angkat kaki. Dari mula-mula berpura-pura bertongkat, selepas dalam lima meter dari saya, dia terus angkat tongkat dan tergesa-gesa beredar dari kedudukan kami.
Alhamdulillah Allah masih sayangkan kami. Sambil ambil perhatian warga Shah Alam sekalian. - MOHD KHAIRIL ADZHAR
0 Response to " BUDAK 2 TAHUN NYARIS DICULIK WANITA BERTONGKAT"
Post a Comment