Dua Beradik Hidup Dalam Kandang Anjing Diselamatkan






MENYEDIHKAN.. itulah yang terzahir sebaik melihat nasib dua beradik ini yang terpaksa tinggal di dalam kandang anjing hampir sepanjang hidup mereka.

Seorang budak lelaki berusia 6 tahun bersama adik perempuannya yang berusia 4 tahun ini, tinggal bersama 50 ekor anjing di dalam kandang yang terletak di Liuhe, Nanjing, China.

Mereka berdua menjadikan makanan anjing atau sisa-sisa makanan dari pasar sebagai pengalas perut dan meminum air lopak serta air sungai berdekatan untuk menghilangkan kehausan.

Menurut media tempatan, kanak-kanak malang itu berasal dari wilayah Anhui. Dua beradik itu ditinggalkan dengan datuk mereka yang menguruskan kandang anjing secara haram di situ.






Akibat tiada tempat tinggal yang sewajarnya serta sumber pendapatan tidak lumayan, datuknya terpaksa mengunci mereka berdua di dalam kandang haiwan tersebut untuk faktor keselamatan.

Jiran yang melaporkan perkara itu kepada pihak bertanggungjawab telah menyelamatkan mereka berdua yang selama ini hidup sama seperti haiwan yang tidak bertuan.

Sebuah pertubuhan sukarelawan tempatan telah memutuskan untuk melakukan apa sahaja demi membantu keluarga itu dan kini mereka telah menjumpai keluarga angkat untuk dua beradik tersebut di Nanjing.

Pertubuhan itu juga berjaya menjual anjing yang dibela datuk mereka pada harga RM30 ribu (CNY 50,000 Yuan).

0 Response to "Dua Beradik Hidup Dalam Kandang Anjing Diselamatkan"

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog
'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();