Thursday, 30 July 2015
Aeril Zafrel akui mampu lihat makhluk halus
“Kadang-kadang hijab saya terbuka dan saya boleh lihat (makhluk halus). Tetapi saya tidak mahu terlalu banyak menceritakan perkara berkenaan. Takut orang salah tafsir pula. Semua itu bermula selepas ibu-bapa saya meninggal dunia kerana buatan orang”
“Tidak lama selepas itu saya pula yang terkena. Kejadian tersebut membuatkan saya cuba belajar ilmu-ilmu perubatan Islam. Tetapi bukan untuk merawat orang pun. Saya belajar agar dapat melindungi keluarga sekiranya ada apa-apa berlaku” katanya lagi.
Apa apa pun, semoga segala usaha pelakon ini dalam melindungi keluarganya akan dipermudahkan. Malah peminat pasti akan mendoakan yang terbaik untuk keluarga bahagia ini.
0 Response to "Aeril Zafrel akui mampu lihat makhluk halus"
Post a Comment