" Saya tak gentar dengan hinaan dia ! ! "



Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali sebagai CheguBard telah mengeluarkan kenyataan bagi menjawab gelaran 'kucing kurap' yang dilemparkan kepadanya oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad.

Beliau dalam jawapan balas terhadap kenyataan Tun M itu berkata biarlah jadi kucing kurap dari menjadi negarawan korup.

"Semalam  ketika beliau membuat sesi soal jawab bersama NGO (dengan menjemput NGO terpilih sahaja) di Yayasan Kepimpinan Perdana beliau bukan sahaja menolak untuk hadir jemputan yang diberikan malah turut menghina saya dengan menyebut “siapa che’GuBard?” dan seterusnya menggelar saya dan SAMM selaku kucing kurap."

"Nampaknya Dr. M tidak banyak berubah. Sudah dijangka beliau akan menolak dan saya tidak terkejut dengan makian yang dibuat olehnya. Itu mujur dia selaku bekas Perdana Menteri, terbayang jika beliau Perdana Menteri sudah pasti puluhan atau ratusan anggota Polis akan mengepung rumah saya dan menahan saya dibawah ISA atas tuduhan cuba menggulingkan kerajaan secara subversive," katanya.

Beliau menyatakan dengan gelaran 'kucing kurap' itu idak membuatkan dia rasa terhina kerana pada usia 90 an begitu sapatutnya Tun M yang rasa terhina kerana mengeluarkan kenyataan sebegitu.

CheguBard menegaskan lagi bahawa Tun M pasti tidak akan berani tampil kerana takut untuk manjawab soal jenayah, skandal kewangan dan bail out juga kehancuran sistem negara yang berlaku semasa dia menjadi Perdana Menteri.

"Dr.M tiap tiap hari mengatakan dia bersih, tetapi jika difikirkan tentu ramai hairan mana mungkin jika ia bersih bagaimana hampir semua anak - anaknya menjadi multi billionaire dalam masa singkat. Siapa boleh menafikan kaum keluarga Dr.M hidup dalam keadaan mewah luar biasa ada beberapa keadaan sama seperti raja atau Sultan."

"Umum, khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim cukup tahu sangat mengenai anak – anak Dr. M yang tidak pandai meniaga tetapi mampu menjadi billionaire dalam masa 3 tahun. Ini mungkin antara rekod dunia, sedangkan rakyat tidak akan lupa antara sebab utama pemecatan Anwar Ibrahim ialah kerana keengganan beliau bersetuju menggunakan dana rakyat untuk bail out hutang anak Dr.M."

"Saya tanpa berselindung dengan rasa rendah diri merakamkan rasa bangga kerana berjaya membuktikan Dr. M seorang yang penakut. Dia hanya berani di depan penyokong dia sendiri yang telah disusun dan mengikut skrip sorakan kerana disuap kenyang." katanya lagi.

Beliau juga mempersoalkan sepanjang Dr.M menjadi PM, pernah Tunku Abdul Rahman mencabar dia tetapi beliau tidak melayan, begitu juga beberapa tokoh lain termasuk KuLi dan Anwar mencabar Dr.M berdebat tetapi beliau juga menikus.

Tidak harus dilupa bagaimana 1998 kononya dia singa di depan pengampunya, kononya ada bukti itu dan ini, tetapi menikus bila dipanggil ke mahkamah malah meletakkan syarat untuk tahu apa soalan yang akan ditanya padanya.

"Akhirnya dia tak hadir ke mahkamah kerana soalan yang hendak ditanyakan dia tidak ada jawapan dan Anwar bebas dari tuduhan palsu arahannya. Malah siapa yang berani melawannya dan jika dia rasa terjejas maka ISA dan perbagai tindakan pasti menimpa."

"Hal Dr. M nak duduk berdebat dengan Datuk Seri Najib Razak itu dia usahakanlah. Tanpa membela apa pun yang mana saya berpendirian Najib harus terus tampil menjawab semua persoalan yang dibangkitkan tetapi mengherokan watak yang pernah digelar Mahafiraun adalah tidak betul. Tidak ada yang baru yang dibawa oleh Dr.M selain mengulang dakwaan pembangkang." tegasnya.

Beliau pada akhir ucapannya berkata jika Dr. M berubah fikiran mereka sentiasa sedia menyediakan pentas buat Dr.M. di mana jemputan tersebut juga peluang untuk Dr.M menjelaskan dan membersihkan nama cuma kami juga akan menyusun watak – watak mangsa buli sepanjang Dr.M menjadi PM untuk turut bertanya secara terus. 

0 Response to "" Saya tak gentar dengan hinaan dia ! ! ""

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog
'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();