" Saya tak ambil dadah la.. isk isk isk " - Nabil



KUALA LUMPUR: Pelawak Nabil Ahmad mendedahkan dia pernah dipandang serong kononnya terlibat dengan pengambilan dadah gara-gara mempunyai tubuh badan yang terlalu kurus.
Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 31, berkata, walaupun terasa dengan tuduhan itu, namun dia tidak pernah mengambil serius mengenianya kerana sudah biasa dengan ejekan sesetengah orang.

"Dulu, masa saya kurus 'keding' macam-macamlah orang ejek saya. Malah saya pernah dituduh terlubat dengan dadah. Pelik saya. Asalkan 'kering' nak kaitkan dengan dadah.

"Tetapi nak buat macam mana, saya menerima tuduhan itu dengan fikiran yang terbuka," katanya kepada mStar Online.


Nabil ditemui pada majlis pra tonton filem Tranformers: Age of Extinction dalam versi Bahasa Melayu untuk siaran HBO di Hotel Le Meridian di sini pada Selasa.
Sementara itu, kata Nabil, perubahan tubuh badannya banyak memberi impak positif dalam kerjayanya malah penampilan dia itu turut memberi persepsi positif oleh orang sekeliling.

"Itulah, apabila sudah berubah penampilan, persepsi orang terhadap kita juga berubah. Alhamdulillah ia menambahkan lagi rezeki saya. Ada sahaja tawaran yang datang.

"Pelik kan? Kalau pelakon bertubuh sasa, tak nampak pelik sangat. Tetapi apabila pelawak berbadan sasa, perhatian daripada khalayak juga lain jadinya, hahaha," ujarnya.

Mengenai filem Transformers: Age Of Extinction seramai 16 pelakon terlibat dengan lakonan alih suara filem terbabit.

Selain Nabil pelakon lain yang terlibat termasuklah Fahrin Ahmad, Hisyam Hamid, Sharnaaz Ahmad, Ray, Izzue Islam, Haniff Hamzah, Akim Ahmad,Faizal Ismail, Elizabeth Tan dan Syazwan Zulkifly.

Transformers: Age Of Extinction bakal disiarkan pada 17 Julai depan menerusi siaran HBO (411).

0 Response to "" Saya tak ambil dadah la.. isk isk isk " - Nabil"

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog
'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();