Pak Samad Umum Masuk DAP


Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyerahkan kad ahli DAP kepada Datuk A. Samad Said pada majlis penyerahan kunci rumah kepada mangsa banjir di bawah Gabungan Impian Kelantan (GIK) di Kampung Pasir Tumbuh pada Sabtu.


GUA MUSANG: Sasterwan negara, Datuk A. Samad Said bertekad memasuki parti DAP setelah sekian lama memendam hasrat untuk menyertai parti tersebut.
"Sudah lama saya memikirkan perkara ini. Saya perlu memainkan peranan yang lebih penting dan bukan sekadar menulis," kata beliau menggambarkan DAP sebagai parti yang mempunyai polisi yang jelas.

Tambah beliau, dia tidak boleh membiarkan dirinya terhad dengan hanya menjadi seorang penulis kerana dia perlu lebih banyak melibatkan diri secara mental dan fizikal untuk berpolitik.

Samad berkata demikian kepada pemberita selepas Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyerahkan kad ahli DAP kepadanya di majlis penyerahan kunci rumah kepada mangsa banjir di bawah Gabungan Impian Kelantan (GIK) di Kampung Pasir Tumbuh pada Sabtu.

Turtu hadir pada majlis tersebut ialah Pengerusi GIK, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Setiausaha DAP, Anthony Loke dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Sementara itu, Lim berkata kemasukkan Samad ke dalam DAP adalah satu sejarah dan mereka menjadikan ia sebagai batu loncatan untuk orang ramai. 

0 Response to "Pak Samad Umum Masuk DAP"

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog
'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();