MAS Bhd Tawar Gaji Baharu Lebih Rendah Tetapi Berbaloi



SEPANG: Pakej gaji baharu untuk kakitangan MAS Bhd secara umumnya lebih rendah berbanding sedia ada tetapi ia ditawarkan dengan bonus sebanyak dua bulan, menurut sumber.

Tambahnya, ia adalah berdasarkan prestasi sama ada pekerja mendapat jumlah sama atau lebih daripada gaji mereka sekarang.
"Terdapat pengurangan dalam pakej saraan," ujar seorang pekerja yang enggan didedahkan nama.
"Ada beberapa faedah yang dahulu kita dapat telah dihapuskan dalam perjanjian itu," ujar salah seorang pekerja lain.
Ketua Pegawai Eksekutif Christoph Mueller Malaysia Airlines (MAS), Christoph Mueller enggan mengulas mengenai perkara itu ketika ditanya pada Isnin.

Bagaimanapun, beliau berkata, syarikat penerbangan itu akan menjadi syarikat penerbangan antarabangsa yang lengkap dan bukannya hanya memberi tumpuan serantau seperti sebelum ini.
 
Tambahnya, laluan penerbangan KL-London akan dikekalkan dan syarikat penerbangan baharu itu akan menyediakan perkhidmatan untuk penerbangan ke semua benua melalui perikatan oneworld.

Seluruh rangkaian domestik dikendalikan oleh MAS dan anak syarikatnya, Firefly dan MASwings.

Semalam menandakan satu peristiwa penting dalam sejarah penerbangan Malaysia apabila menamatkan tenaga kerja keseluruhan seramai 20,000 kakitangan.
"1 Jun adalah permulaan MAS Bhd dan transaksi pertama adalah untuk menawarkan 14,000 pekerjaan.
"Walaupun perkara baik dalam menghantar surat tawaran kepada 14,000 pekerja, ia juga adalah hari yang menyedihkan bagi 6,000 orang lain yang akan kehilangan pekerjaan mereka.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada kakitangan MAS bagi perkhidmatan yang luar biasa mereka," kata Mueller pada sidang media, pertamanya.

Ini adalah kali pertama sebuah syarikat berkaitan kerajaan memberhentikan keseluruhan tenaga kerjanya.

"Secara teknikal kami muflis. Penurunan prestasi sudah bermula sebelum peristiwa-peristiwa tragis 2014,"katanya.
Jelasnya, untuk memperbaiki syarikat penerbangan ini memerlukan masa tiga tahun dan Mueller menjangkakan Mas Bhd kembali pulangan modal pada 2018.
MAS menghentikan perniagaan pada 1 September dan kod MH akan ditukar kepada yang baharu.
Mengenai penjenamaan, Mueller berkata ia diserahkan kepada rakyat Malaysia untuk membuat keputusan.
Beliau berkata jenama MH sudah kukuh di kalangan pelanggan setia tetapi, terdapat persepsi negatif di beberapa negara-negara seperti China, Australia dan Eropah. 

0 Response to "MAS Bhd Tawar Gaji Baharu Lebih Rendah Tetapi Berbaloi"

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog
'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();