Sejak malam tadi, gempar dengan sebuah foto seorang lelaki yang mirip dengan artis korea dari kumpulan 2 AM, Jinwoon berada di sebuah Masjid di Brunei untuk mengerjakan solat Jumaat.
Namun, menurut Malaysian Digest setelah diteliti beberapa maklumat ternyata lelaki tersebut merupakan Jinwoon!
Kehadirannya mungkin disedari oleh peminat-peminat K-Pop dan berjaya dirakam ketika dia bersama dengan 4 rakannya yang lain.
Untuk pengetahuan anda semua, Jinwoon sekarang ini sedang berada di Brunei bersama beberapa lagi artis popular Korea untuk menjalani penggambaran program realiti yang bertajuk Law Of The Jungle.
Jinwoon atau nama sebenarnya Jeong Jin-woon, 24, tiba di Brunei semalam bersama lima lagi hos program iaitu pelakon Shim Hyung Tak, pelawak dan pelakon Kim Byung Man, pelakon Do Sang Woo, pelawak berdarah kacukan Korea-Australia Sam Hamington juga penyanyi dan pelakon Nam Gyu Ri serta diiringi beberapa kru produksi.
Lebih menarik lagi bila mereka mengambil peluang untuk merasai sendiri pengalaman menjadi menunaikan solat Jumaat yang diadakan di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.
Beberapa peminat sempat merakam gambar mereka segak dengan berpakaian baju Melayu dan sedang duduk di dalam masjid berkenaan dan seperti sedang mendengar khutbah. Para gadis semua jangan melting over sangat ye, puasa ni.
0 Response to "Jinwoon berada di sebuah Masjid di Brunei !!!"
Post a Comment