JAKARTA: Menjelang Aidilfitri, Presiden Indonesia, Joko Widodo mengarahkan supaya kadar tol lebuh raya di negara itu diturunkan.
Merdeka.com melaporkan, langkah itu bagi meringankan beban pengguna lebuh raya di Indonesia sempena musim perayaan itu sebulan lagi.
Berdasarkan laporan portal itu, kadar tol itu mungkin dikurangkan 10 hari sebelum dan lima hari selepas hari lebaran.
"Pengurangan tol sebanyak 25 hingga 35 peratus," kata Presiden yang lebih dikenali sebagai Jokowi selepas mempegerusikan mesyuarat kabinetnya di sini, baru-baru ini.
Jokowi berkata, penurunan itu dibuat kerana untuk meringankan beban pengguna, membahagikan kegembiraan dan bagi membantu pengguna menyalurkan duit itu untuk kegunaan lebaran.
Selain itu, Jokowi, juga mengarahkan Menteri Badan Usaha Milik Negara (BUMN) Rini Soemarno dan Menteri Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat (PUPR) Basuki Hadimoeljono untuk menghapuskan bayaran tol di jambatan Surabaya Madura (Suramadu) mulai 13 Jun lalu.
0 Response to "Hadiah istimewa dari Presiden kepada rakyat Indonesia !"
Post a Comment