Gempa Bumi Lemah 4.5 Magnitud Landa Ranau, Sabah





PETALING JAYA: Satu gempa bumi kedua berukuran 4.5 magnitud berlaku dekat daerah Ranau di Sabah pada petang Sabtu.
Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, "gempa bumi lemah' berlaku kira-kira 25 kilometer barat laut Ranau pada pukul 1.45 petang.
Gempa bumi berukuran 4.5 magnitud itu dapat dilihat menerusi objek di dalam bangunan yang bergegar selain bunyi gegaran. 
Gegaran itu dirasai di Ranau, Tambunan, Pedalaman, Tuaran, Kota Kinabalu, Kota Belud di Sabah.
Pada Jumaat, satu gempat bumi "sederhana" berukuran 5.9 magnitud melanda kira-kira 16 kilometer Ranau pada pukul 7.15 pagi.
Menurut laporan terkini, seramai 11 pendaki Gunung Kinabalu maut, dan lapan lagi hilang. Operasi mencari sedang dijalankan.

0 Response to "Gempa Bumi Lemah 4.5 Magnitud Landa Ranau, Sabah"

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog
'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();