PETALING JAYA: Ranau dan kawasan sekitarnya dilanda gempa bumi sebanyak empat kali pada Khamis dengan tiga gegaran pada sebelah petang.
Satu gempa bumi berukuran 4.3 skala Richter direkodkan pada petang Selasa dekat Ranau, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.
"Satu gempa bumi lemah berlaku pada pukul 5.33 petang dengan 4.3 magnitud pada kedalaman 10 kilometer di Ranau, Sabah, 19 kilometer barat laut Ranau. Gegaran boleh dirasai di Kota Kinabalu, Kota Belud, Ranau dan Kundasang," kata jabatan itu dalam satu kenyataan di Facebook.
Ia susulan satu insiden pada pagi Selasa di mana seramai 500 pelajar sekolah rendah di Ranau terselamat tanpa mengalami kecederaan apabila bumbung di perpustakaan sekolah itu runtuh selepas satu gempa bumi lemah berukuran 3.5 magnitud.
Perpustakaan di SMK Agama Mohd Ali tidak berpenghuni ketika bumbung runtuh pada kira-kira pukul 11 pagi.
Guru-guru sekolah tersebut dengan segera mengarahkan para pelajar untuk keluar ke tempat selamat selama kira-kira satu setengah jam.
Bumbung bilik audio visual yang hanya bersebelahan dengan perpustakaan sekolah itu turut runtuh semasa gempa bumi pada 5 Jun lalu yang melanda kawasan Ranau dan mengorbankan 18 orang.
0 Response to "" Gegaran kali ini buat datuk saya terjatuh " "
Post a Comment