Dua Maut, Tiga Parah Dan 15 Lagi Tertimbus di Alor Gajah





SEBUAH bangunan pasar raya yang runtuh telah mengakibatkan dua maut dan tiga parah, manakala 15 lagi pekerja binaan tersebut dipercayai masih tertimbus di Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka hari ini.
Mangsa yang merupakan warga negara Bangladesh dan Indonesia dikatakan sedang berkerja sebelum struktur di bahagian belakang bangunan pasar raya besar setinggi tiga tingkat itu tiba-tiba runtuh.
Seorang saksi kejadian warga Bangladesh, Sakhoat Alif Khan, 33, berkata ketika kejadian, dia berada di aras bawah bangunan yang terletak di bahagian depan pintu masuk.
“Memang tak berapa dengar bunyi runtuhan, tetapi saya perasan ada yang menjerit lari, … lari… “Setakat ini saya tak pasti nasib kawan-kawan saya yang dipercayai tertimbus. Saya nampak banyak jentera bomba dan ambulans,” katanya yang ditemui sebentar tadi, memetik laporan dari myMetro.
Mangsa yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Alor Gajah. Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Alor Gajah yang dibantu Pasukan Kecemasan dan Menyelamat (EMRS) masih lagi bertungkus lumus menjalankan kerja-kerja menyelamat.-MYNEWSHUB.CC

0 Response to "Dua Maut, Tiga Parah Dan 15 Lagi Tertimbus di Alor Gajah"

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog
'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();