Bank Negara lancar siasatan rasmi ke atas 1MDB



KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) memulakan siasatan formal ke atas 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bagi meneliti sama ada berlaku pelanggaran peraturan dan perundangan Bank Pusat. 

"Ini melibatkan arahan perundangan bagi mendapatkan maklumat daripada entiti," kata BNM dalam satu kenyataan pada Rabu. 

BACA:1MDB: BNM sahkan terima laporan daripada pihak Singapura

BACA:Jabatan Audit cadang serah laporan awal pengauditan 1MDB akhir Jun ini

BACA:1MDB: Arul Kanda dedah butiran terperinci penggunaan dana berjumlah RM42 billion
BNM juga akan mengambil kenyataan daripada individu yang terlibat dalam proses tadbir urus dan mendapatkan maklumat daripada pihak domestik dan luar negara yang berkaitan. 

Selain itu, BNM berkata ia telah mengemukakan maklumat yang diterima daripada pihak berkuasa luar negara kepada agensi penyiasatan berkenaan selepas mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa asing. 

"Bank Pusat ingin menekankan bahawa pendedahan lanjut butir-butir penyiasatan boleh menjejaskan hasil siasatan.  

"Bank Pusat melakukan segala-galanya dalam bidang kuasa yang diperuntukkan di bawah perundangannya, termasuk bekerjasama dengan agensi-agensi lain, untuk menyumbang ke arah penyelesaian segera perkara itu," katanya.

0 Response to "Bank Negara lancar siasatan rasmi ke atas 1MDB "

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog
'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();