Wednesday, 10 June 2015
Anggota RELA Paksa Wanita Pakai Sarong Di Kaunter JPJ Dipindah Bahagian
KUALA LUMPUR: Anggota RELA yang mengarahkan Suzanna GL Tan memakai kain sarong ketika berurusan di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kelmarin telah dipindahkan ke bahagian lain.
Hal itu dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi.
"Dia bertindak sendirian dan bukan dengan arahan JPJ," katanya yang dipetik The Star.
Kelmarin menjadi viral di laman-laman sosial adalah luahan ketidakpuasan hati Tan apabila diminta memakai kain sarong kerana tidak memakai pakaian seperti di dalam etika berpakaian.
Abdul Aziz dalam masa sama berkata JPJ mempunya garis panduan tentang etika berpakaian yang sama dengan jabatan-jabatan yang lain namun tidak perlu sehingga tindakan drastik diambil meskipun ada yang melanggarnya.
0 Response to "Anggota RELA Paksa Wanita Pakai Sarong Di Kaunter JPJ Dipindah Bahagian"
Post a Comment