AirAsia Dan Malindo Sedia Tawarkan Pekerjaan Kepada Kakitangan MAS Yang Diberhentikan




SEPANG: Nasib kakitangan 6000 kakitangan Malaysia Airlines System (MAS) yang bakal diberhentikan nampaknya sedikit mendapat seniar harapan selepas dikatakan dua syarikat penerbangan tempatan sedia menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka.

Perkara ini diasampaikan oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata  Air Asia dan Malindo Air bersedia untuk menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka yang terlibat diberhentikan.

"Perkembangan positif itu adalah kesan daripada keuntungan yang diraih jika negara mempunyai lebih daripada satu syarikat penerbangan."

"Ini satu petunjuk baik dalam bidang penerbangan apabila kita ada banyak syarikat penerbangan yang boleh menampung keperluan kakitangan yang diberhentikan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan perkhidmatan Malindo WiFi, Malindo Mobile dan majalah Malindomag di KLIA3 hari ini.

Sebelum ini, MAA yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya yang baru, Christoph Mueller bertindak memberhentikan seramai 6000 kakitangan pekerjanya dan akan nasib mereka akn ditentukan dalam masa dua minggu lagi kerana bergantung kepada keputusan 14,000 kakitangan syarikat penerbangan itu sama ada mahu menerima tawaran kerja baharu daripada MAS atau sebaliknya.

Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air Chandran Rama Muthy berkata syarikat penerbangan itu akan menawarkan 500 peluang pekerjaan kepada bekas kakitangan MAS dari semua peringkat jawatan.

"Adalah lebih baik untuk mengambil bekas kakitangan MAS kerana mereka sememangnya mempunyai kemahiran dan pengalaman," katanya. -

0 Response to "AirAsia Dan Malindo Sedia Tawarkan Pekerjaan Kepada Kakitangan MAS Yang Diberhentikan"

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog
'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();