Soo Wincci Mahu Bantu Lebih Ramai Orang Capai Impian Dalam Hidup



Kejayaan demi kejayaan yang dikecapi Soo Wincci sebelum ini tidak pernah menghalang dirinya untuk mencapai impiannya yang lebih besar dan sanggup untuk menangguhkan soal perkahwinan terlebih dahulu.



“Wincci mungkin tak nak kahwin kerana Wincci mahu buat sesuatu lagi besar. Wincci nak promosi industri seni Malaysia ke pentas antarabangsa. Dan juga Wincci mahu menubuhkan universiti untuk membantu lebih ramai orang merealisasikan impian mereka”
“Jadi, siapa mahukan Wincci yang memang lebih utamakan kerja? Susah untuk lelaki yang boleh faham kehendak dan matlamat Wincci”, ujar Wincci kepada Sinar FM. Selain itu, dia juga sempat menyatakan hasratnya untuk mengeluarkan album dalam pelbagai bahasa.
Apa pun niat murni Wincci, semoga apa yang diimpikan bakal dikecapi dan dipermudahkan. Sesuatu tidak akan berjaya dikecapi jika tidak bermula daripada impian, bukan?

0 Response to "Soo Wincci Mahu Bantu Lebih Ramai Orang Capai Impian Dalam Hidup"

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog
'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();