Tuesday, 26 May 2015
Pembantu Klinik Baru kerja Empat Hari Trauma Hampir Dirogol Doktor
KOTA TINGGI: Seroang wanita yang bekerja sebagai pembantu klinik baru empat hari kini trauma selepas mendakwa telah menjadi mangsa cabul majikannya dan hampir dirogol lelaki tersebut.
Memetik laporan Harian Metro, mangsa berumur 21 tahun itu telah menceritakan pada 7 Mei lalu, majikannya yang juga doktor di klinik itu secara tiba-tiba telah memeluk, mencium, meraba alat sulit serta cuba membuka seluarnya ketika berada di belakang klinik berkenaan.
Beliau telah mengelak dari perbuatan keji doktor berkenaan yang dianggarkan berusia 50-an dan dia telah diberi amaran supaya tidak memberitahu kejadian itu kepada sesiapa.
Kerana kejadian itu, dia telah mengadu tentang kejadian tersebut kepada suaminya dan mereka terus bergegas ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi untuk membuat laporan polis
Mengasa telah membuat pemeriksaan di Hospital Kota Tinggi sebelum diminta merujuk ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.
“Beberapa hari kemudian saya dipanggil ke IPD untuk membuat pengecaman baju (baju yang dipakai doktor ketika kejadian). Apa yang berlaku itu menyebabkan saya sangat trauma,” katanya.
0 Response to "Pembantu Klinik Baru kerja Empat Hari Trauma Hampir Dirogol Doktor"
Post a Comment