Peluang mengenali isteri PM





Kesempatan bertemu isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor pada 11 Mei lalu, dianggap peluang terbaik barisan selebriti tempatan untuk mengenali wanita penting itu.
Antara selebriti yang hadir ialah Fathia Latiff, Miera Liyana, Fizz Fairuz, Almy Nadia, Afiq Muiz, Ajak Shiro dan Fazli Zainal.
Mereka antara selebriti yang diundang ke Majlis Pelancaran Laman Web Program Permata di Dewan Protokol, Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Mereka bukan saja memeriahkan acara perasmian, malah berpeluang beramah mesra dan bertemu empat mata selepas acara kira-kira dua jam dengan beliau.





Pasangan pelakon Fizz Fairuz dan Almy Nadia meluahkan rasa gembira dan bertuah kerana dapat bersembang santai dengan isteri perdana menteri itu.
“Selama ini untuk bertemu VVIP (orang penting) bukan mudah, kecuali jika terbabit dalam acara membabitkan mereka.
“Itupun hanya sempat bersalaman dan bertegur sapa untuk beberapa minit. Namun kali ini, ia peluang keemasan untuk mengenali lebih rapat melalui pertemuan dianjurkan,” kata Fizz.
Pelakon ini yang baru dikurniakan anak, Nur Afriana Ariana pada 17 Februari lalu.
Berkata, selama ini dia hanya mengetahui isteri perdana menteri itu daripada bacaan media tempatan, termasuk media sosial.
Malah, sangkaannya wanita itu garang dan sukar didekati juga meleset kerana Rosmah sangat suka bercakap dan gemar berjenaka.
Pendapat sama dikongsi Fazli Zainal yang akui walaupun beberapa kali membuat persembahan di depan tetamu kehormat, termasuk Rosmah sebelum ini, ia tidak sama dengan pertemuan dilaluinya.
Kata Fazli, isteri Perdana Menteri itu memiliki sifat keibuan, sama seperti isteri mantan Perdana Menteri lalu.
“Beliau juga manusia yang tidak terlepas daripada segala macam tohmahan.
“Bagi saya, beliau seorang yang tabah kerana sentiasa berdepan pelbagai ujian,” katanya.
Aktres jelita, Fathia turut kagum dengan sikap positif dan optimis diamalkan beliau dan menganggap Rosmah wanita yang sangat penyabar.
Pada pertemuan itu, setiap selebriti dan rakan media hiburan yang hadir berpeluang melontarkan soalan, termasuk berkaitan isu sensitif yang sering digembar-gemburkan di media sosial.
Walaupun pada awalnya ada yang kelihatan gementar kerana kali pertama bertemu beliau, suasana menjadi lebih santai selepas Rosmah mula perkenalkan diri dan berkongsi cerita yang turut diselit jenaka hingga tidak kering gusi dibuatnya.
Antara soalan yang dilontar ialah dakwaan sensitif berkaitan isu cincin kontroversi, 1MDB, perkahwinan mewah anaknya, isu rumah tangga hinggalah isu Altantuya.
Setiap persoalan dijawab dengan terbuka, malah selesai acara pertemuan, setiap artis dan media hiburan sempat berfoto ‘selfie’ dan beramai-ramai sebagai tanda kenangan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/51463#foto

0 Response to "Peluang mengenali isteri PM"

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog
'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();