Seorang pakar motivasi mencetus perasaan kecewa Amy Seach setelah menggelar Amy Search dengan panggilan Hantu menerusi satu status di Facebook.
Difahamkan, status tersebut dimuat naik sekali dengan sekeping poster penampilan kumpulan Search di Festival Belia Putrajaya baru-baru ini.
Menurut pakar motivasi tersebut, anak-anak belia negara semakin teruk kerana hantu-hantu seperti kumpulan Search.
"Setelah bertahun-tahun negara sambut Hari Belia Negara, belia-belia kita menjadi semakin teruk kerana hantu-hantu macam ni yang menjadi pengisinya.", tulis pakar motivasi tersebut.
Namun, Amy Search tampil membalas status tersebut dengan sebuah coretan di Instagram beliau yang bertujuan 'mentarbiah' perbuatan pakar motivasi itu yang dikatakan tidak melambangkan pekerjaannya sebagai seorang pakar motivasi.
Kertas putih salju ku coretkan kedukaan ku
Hitam dn kelabu ada lah warna dlm hidup ku...������
Apa kah jika lagu2 yg ku syairkan itu dpt mengembira hati mereka dn di jadikan sebahgian perjlnan hidup mereka utk berjaya itu satu dosa? Jgn di hina belia2 itu kerna mereka itu sbahgian dri aku dn aku juga sbahgian dri mereka yg punya cita. Tutur kata seorng motivasi itu seharus nya indah lgi mulia.
Walau bagaimanapun, status Facebook yang menamakan kumpulan Search hantu itu telah pun dipadam dan kini pakar motivasi itu mendapat kritikan hebat dari pengguna media sosial
0 Response to "Digelar Hantu, Amy Search 'Tarbiah' Pakar Motivasi"
Post a Comment