WANG KELIAN: “Kami kesian tengok keadaan mereka, kurus kering, tak terurus,” kata seorang penduduk di Felcra Lubuk Sireh, di sini.
Menurut seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Cik Tom, 40 tahun, kali pertama dia menemui pendatang asing tanpa izin (PATI) di kawasan ladang pokok getah ketika sedang menorah getah beberapa tahun lalu.
“Mereka datang dalam beberapa kumpulan kecil dan merayau-rayau dalam keadaan kusut masai dan tidak terurus malah ada yang tidak memakai baju dan hanya berkaki ayam,”
“Bila mereka menghampiri kami dan memberikan isyarat mahukan makanan, kami tidak sampai hati untuk tidak menolong mereka, ada yang meminta-minta untuk diberikan makanan dalam keadaan mengigil kelaparan,” katanya lagi.
Jelasnya kejadian itu berlaku awal pagi sekitar pukul 4 hingga 8 pagi ketika mereka keluar menoreh getah beberapa tahun lepas, namun mereka tidak lagi kelihatan sejak dua hingga tiga bulan kebelakangan ini.
Malah katanya kejadian seperti itu kerap kali berlaku dan penduduk di kawasan berkenaan menganggap kehadiran PATI itu ibarat rahsia terbuka.
Kedudukan Felcra Lubuk Sireh berhampiran dengan sempadan di Wang Kelian dan dipisahkan dengan kawasan berbukit bukau sebelum sampai ke sempadan Thailand.
Tambah Cik Tom lagi, pernah satu ketika dia dan rakan-rakannya terpaksa keluar dari ladang getah dan membeli makanan untuk mereka kerana makanan yang mereka bawa telah habis.
“Sayu hati kami bila ada yang datang dengan anak-anak kecil seawal usia empat tahun dan meminta-minta makanan, tak sampai hati kalau tak bagi makanan, macam tidak bagi makan kepada anak sendiri,” katanya yang mempunyai tiga orang anak berusia antara empat hingga lapan tahun.
Sementara itu menurut seorang lagi penduduk Darus Mat, 82 tahun, pintu rumahnya pernah diketuk pelarian Rohingya dan Bangladesh yang kelaparan dan meminta makanan dan minuman.
Bagaimanapun mereka tidak mengancam penduduk kampung dan hanya meminta makanan sebelum masuk semula ke dalam hutan.
“Ada juga penduduk yang membuat laporan tentang kehadiran mereka kepada pihak berkuasa dan mereka kemudiannya ditahan,” katanya yang telah menetap lebih 30 tahun di Felcra berkenaan.

0 Response to "'PATI sudah ibarat rahsia terbuka'"
Post a Comment